Pilih jenis kata ganda yang betul bagi perkataan di bawah.kusut-masai
A
kata ganda penuh
B
kata ganda separa
C
kata ganda berimbuhan
D
kata ganda berentak
2/15
Pilih jenis kata majmuk yang betul bagi perkataan di bawah.tertinggi
A
kata adjektif tunggal
B
kata adjektif terbitan
C
kata adjektif majmuk
D
kata adjektif ganda
3/15
Pilih jenis kata hubung yang betul bagi perkataan di bawah.untuk
A
kata hubung gabungan
B
kata hubung pancangan relatif
C
kata hubung keterangan
D
kata hubung pancangan komplemen
4/15
Pilih ayat yang mempunyai pola ayat, FN + FS.
A
Ikan di dalam lukah itu bukan ular tetapi belut.
B
Pelancong yang elok dari segi penampilan diri itu dari negara Taiwan dan dia akan bertolak pada petang ini.
C
Bangunan itu ialah sekolah kanak-kanak istimewa di daerah ini.
D
Ahli gusti di tengah gelanggang itu sungguh kuat dan tangkas.
5/15
Pilih ayat pasif yang betul bagi ayat aktif di bawah.
Pada petang ini, anda dapat menyaksikan persembahan mahyung yang sungguh unik itu di dewan.
A
Pada petang ini, persembahan mahyung dapat anda saksikan yang unik itu di dewan.
B
Pada petang ini, persembahan mahyung yang unik itu disaksikan oleh anda di dewan.
C
Persembahan mahyung yang sungguh unik itu dapat anda saksikan di dewan pada petang ini.
D
Persembahan mahyung yang unik itu dapat disaksikan oleh anda di dewan pada petang ini.
6/15
Pilih ayat majmuk sahaja.
A
Majikan perlu bertanggungjawab memastikan para pekerja mematuhi peraturan keselamatan yang telah ditetapkan
B
Persahabatan mereka sungguh akrab sejak kecil bagai hempedu lekat di hati.
C
Mereka bertebat tentang sikap negatif segelintir pemimpin terhadap kedaulatan bahasa Melayu.
D
Dia amat sederhana dari segi pembelanjaan harian.
7/15
Pilih jawapan yang betul bagi perkataan tersebut.
Majun dikeluarkan secara komersial dan dipasarkan dengan berbagai jenama.
A
berbagai
B
bagai
C
perbagai
D
berbagai-bagai
8/15
Pilih jawapan yang betul bagi perkataan tersebut.
Polis Diraja Malaysia (PDRM)melihat wujud keperluan untuk menyebarkan tentang ilmu pengetahuan.
A
menyebarkan ilmu
B
menyebarkan tentang ilmu
C
mensebarkan tentang ilmu
D
sebarkan ilmu
9/15
Pilih ejaan bagi perkataan di bawah.
bahulu
A
bahulu
B
baulu
C
bahalu
D
baolu
10/15
Pilih maksud gila-gila bahasa
A
bahasa yang gila
B
mempunyai mental yang sihat
C
sedih
D
tidak malu
11/15
Pilih komsas yang bertemakan keinsafan.
A
Erti Hidup Bererti
B
Bukan Gila
C
Sejadah Rindu
D
Burung Terbang Dipipiskan Lada
12/15
Pilih ayat yang betul bagi Bahasa Melayu Klasik di bawah.
Maka titah baginda, "Wah, datanglah pula bala atas negeriku!"
A
Kemudian baginda bertitah, "Wah, datanglah pula bala atas negeriku!"
B
Kemudian titah baginda, "Wah, datanglah pula bala atas negeriku!"
C
Kemudian baginda bertitah bahawa baginda berasa kagum dan menyuruh orang bawahannya datang ke atas negeriku.
D
Kemudian titah baginda, Wah, datanglah pula bala atas negeriku!
13/15
Pilih peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat tersebut.
Peralatan sukan di stor yang sudah lama tidak digunakan akhirnya diketepikan sebaik sahaja mendapat peralatan baharu ibarat _________.
A
tiada rotan akar berguna juga
B
sudah jatuh ditimpa tangga
C
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
D
jauh perjalanan luas pemandangan
14/15
Pilih peribahasa yang sesuai bagi situasi di bawah.
Kita tidak boleh mementingkan diri dengan berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan.
A
bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
B
alang-alang berminyak biar licin
C
biar putih tulang, jangan putih mata
D
pucuk dicita ulam mendatang
15/15
Pilih peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam ayat tersebut.
Perselisihan yang berlarutan itu dapat diselesaikan apabila mereka mula sedar akan kesilapan dan bermaaf-maafan seperti maksud peribahasa _________.
A
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga
B
bagai anjing dengan kucing
C
rambut sama hitam, hati lain-lain
D
sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna